Saturday, 31 December 2011

aKu SuDah tiDak MaMpu


Dalam dunia nih terlalu banyak benda yang mengecewakan... terutamanya dalam perhubungan cinta... terlalu menyakitkan dan memeritkan... orang lain bercinta dan berakhir dengan bahagia... tapi aku??? terlalu menyakitkan...! terlalu memeritkan...!

Kadang2 aku rasa serik untuk bercinta... serik untuk menjalinkan hubungan dengan seorang insan yang bergelar lelaki... apatah lagi menjalinkan hubungan cinta dengan seorang lelaki yang sudah pun berstatus "Suami Orang"... tapi itulah hakikat yang aku kena terima kerana sekarang ini aku menjalinkan hubungan cinta dengan sorang lelaki yang berstatuskan "Suami Orang"..!!!

Pasti akan ada yang mengatakan aku teruk kerana bercinta dengan lelaki yang seperti ini... kerana masih banyak lagi pilihan yang ada selain dari lelaki yang berstatus ini... aku tahu.. aku juga tahu... tapi hati ini dah terlanjur menyayangi... terlanjur mencintai... terlanjur mengasihi...ingin ku buang terasa sayang... ingin ku pergi jauh terlalu berat... maaf kerana aku tahu... isu bercinta dengan lelaki yang berstatuskan "Suami Orang" agak sensitif... tapi ini adalah hakikat hidup.. hakikat yang terpaksa di hadapi oleh semua orang... bagi mereka yang tidak mengalami situasi ini mungkin mudah berkata.. tapi tidak jika mereka sendiri duduk di dalam situasi dan keadaan ini...

Dan bagi kaum2 wanita yang pernah mengalami situasi ini... aku harap mereka tabah... kerana aku yakin.. bukan hanya aku sahaja yang terlibat dalam hubungan seperti ini... tapi ramai lagi... di sini terus terang aku katakan bahawa bukan mudah untuk menjadi insan kedua yang hadir dalam hidupnya... terlalu payah.... terlalu perit... kerana aku sendiri selalu menangis.... selalu terluka.. dan selalu dikecewakan oleh dia.... bukan sehari.. bukan 2 hari... bukan 3 hari... tapi sudah bertahun2 aku menghadapinya... sepatutnya aku sudah imun dengan ini semua.... tapi hati aku terlalu lembut... hati aku terlalu sensitif untuk menerima hakikat ini... hati aku tak mampu lagi menghadapi kekecewaan demi kekecewaan... hati aku tak mampu lagi untuk menghadapi kelukaan demi kelukaan... aku sudah tidak mampu....!

No comments:

Post a Comment