Sunday, 1 January 2012

Permulaan Yang Teruk


2012 baru muncul.... tak sampai pun sehari... tapi hubungan aku dengan dia pada hari pertama di tahun baru dah pun bermula dengan air mata... di malam tahun baru... apalah maknanya... orang lain meriah melihat bunga api yang berwarna warni... tapi aku??? hanya warna hitam yang ada di mataku.. di tubir mata yang sarat dengan air mata...

Dia tinggalkan aku!!!! mungkin bersama anak dan isteri dia menyambut tahun baru... teringat aku pernah ajak dia pegi tengok bunga api masa malam merdeka... tapi jawapan yang dia berikan pada aku terlalu menyakitkan hati... "buat apa nak tengok bunga api, macam budak bodoh jer.." itu lah yang dia kata pada aku... tapi, setiap kali tahun baru dan malam merdeka dia akan keluar dengan anak dan isteri sbb pegi tengok bunga api...

mungkin aku yang bodoh sebab amik masa terlalu lama untuk faham kata2 dia... selepas 5 tahun baru aku sedar yang sebenarnya dia tak pernah perlukan aku sebagai mana aku perlukan dia...

kat luar bunga api berdentam dentum... meriah... tapi aku apalah maknanya itu semua... tak membawa apa2 makna... aku tetap sunyi dalam dunia aku sendiri...

Tahun baru... mungkin aku perlu bangkit dengan azam yang baru.. mungkin aku lupakan janji2 yang dibuat 5 tahun dulu... mungkin aku perlu lupakan apa yang pernah dia katakan pada aku dulu... "dia perlukan isteri dia sebab rasa tanggungjawab pada isteri dan anak2, tapi dia perlukan aku kerana dia menyayangi aku.." ayat yang selalu dia guna masa pujuk aku!

Ah... lelaki semuanya sama.... masa aku terbuang sia2 kerana aku menunggu dia menunaikan apa yang telah dia janjikan... 5 tahun... masih belum menjanjikan kebahagiaan itu jadi milik aku...

No comments:

Post a Comment