Luahan Hati Hamba




Monday, 16 January 2012

Bila Terpaksa Memilih


Bila aku terpaksa memilih... bila aku terpaksa untuk membuat pilihan... antara kebahagiaan aku... atau kebahagiaan dia... apa yang harus aku pilih??? Bila aku memilih kebahagiaan aku... orang akan cakap aku pentingkan diri aku sendiri... Tapi bila aku memilih supaya kebahagiaan itu terus jadi milik dia dan isterinya... ini bermakna aku melukakan hati aku sendiri... aku melukakan perasaan aku sendiri... Mampukah aku melihat kebahagiaan dia sedangkan aku menangis... menderita... mampukah aku untuk hadapi semua itu???

Engkau meminta untuk aku melupakan engkau... pergi berubat dan terus lupakan engkau... tahukah engkau apa perasaan aku dikala kata² itu keluar dari mulut engkau??? bagaikan belati menghiris hati... tajam... sakit dan ianya terlalu menikam hati aku...

Engkau telah pun buat keputusan... keputusan yang engkau tak lagi mahukan aku wujud dalam hidup engkau... hatta dalam hati engkau... engkau katakan yang engkau telah melupakan aku sepenuhnya... Kalau dulu engkau cakap engkau menyayangi aku.. kalau dulu engkau cakap engkau terus bersama dengan isteri engkau hanya kerana tanggungjawab.. tapi hari ini... engkau mengatakan engkau telah pun melupakan aku... maknanya engkau tidak pernah memilih aku... maknanya engkau tak lagi memerlukan aku... ya... selama ini cuma aku saja yang perlukan engkau...

Saturday, 14 January 2012


Saat terasa Rindu Menggebu

Saat ini... terasa terlalu lambat masa berlalu... nak habiskan seminggu.. rasanya seperti berminggu²... dari hari tragedi 8 january... hari nih baru seminggu... tapi aku dah terasa tragedi itu sudah berlaku berminggu² lamanya... sejak dari kejadian itu, dia tak pernah menghubungi aku... kecuali pada hari isnin... dia ada menghubungi aku... tapi bila aku angkat, aku hanya dengar suara dia sebut "hello"... lepas 2 3 kali cakap "hello" dia letak phone... dan sampai la hari nih dia tak der menghubungi aku atau message aku lagi...

Tak dapat aku nafikan... puas di mulut berkata benci... tapi jauh di sudut hati aku terasa rindu... amat rindu padanya... aku tahu, kalau ada sesiapa yang terbaca kisah aku, mesti kata aku bodoh sebab masih merindui insan yang da buat macam² pada aku... tapi itulah hakikatnya... aku terlalu rindukan dia... aku boleh tipu orang lain... tapi aku tak boleh nak tipu hati aku... aku tak boleh menidakkan perasaan aku yang merindui dia... terlalu  dan amat merindui dia...

Aku cuba jugak untuk call dia... tapi dia tak angkat... 2 kali aku try called dia... tapi akuk tahu dia takkan angkat... aku tak tau kenapa aku masih nak call dia even aku da tau yang dia memang dah tak perlukan aku... tapi kenapa aku masih terhegeh² lagi mencari dia...

Sunyinya aku rasakan hidup aku sekarang... dah tak der makna... segalanya serba kelam... sunyi... gelap... tak ceria... rasa macam segalanya dah hilang.. aku terasa seperti aku dah tak ada² lagi kat sini... aku cuma kuatkan hati aku sebab aku perlu kerja.. sebab aku ada komitmen... kalau aku tak fikirkan itu semua da lama aku lari jauh dari sini... lari jauh dari dia supaya aku tak rasa macam apa yang aku rasakan sekarang nih...

Seksanya... aku hanya perlukan kekuatan untuk aku hadapi semua nih seorang diri... setakat ini aku masih belum punya kekuatan itu... hati aku masih rapuh... terlalu rapuh... hati aku akan cepat tersentuh bila teringatkan dia... bila terlalu ingin mendengar suaranya... bila terlalu ingin bercakap dengannya dan mengatakan yang aku terlalu rindukan dia... saat itu aku akan peluk apa² jer barangan yang berkaitan dengan dia.. Ya Allah pinjamkan aku kekuatan Mu Ya Allah... kerana aku tahu aku perlu kuat untuk melawan perasaan aku padanya...

Wednesday, 11 January 2012


Aku Insan Hina

Sedang aku duduk di satu sudut... pandangan mata aku terpandangkan sepasang kekasih... atau mungkin juga sepasang suami isteri yang sedang berjalan... sambil berpegang tangan... saling memandang antara satu sama lain.. saling tersenyum dan saling ketawa...

pantas mata aku alihkan ke lain... mata aku terasa panas... rasanya semakin aku berjanji bahawa aku takkan lagi menangis... tapi semakin kerap pula aku menangis mengenangkan nasib hidup aku...

Dalam hati aku terdetik... betapa bahagianya mereka... aku juga pernah merasakan kebahagiaan itu.. Rindunya aku pada kenangan lama... Mungkin hubungan aku dan dia yang akan mencecah ke usia 6 tahun dah tak lagi membawa apa2 makna pada dia apatah lagi dia sudah punya anak dan isteri... apalah maknanya aku dalam hubungan yang terlarang seperti ini?

Aku terfikir sendiri, adakah kehadiran aku untuk melengkapi hidupnya? Tapi... apa maknanya aku untuk melengkapi hidupnya sedangkan hidupnya telah pun lengkap.... samada ada ku atau tiada aku dalam hidupnya! Jadi di mana sebenarnya letaknya aku di dalam hidupnya? Di mana letaknya aku dalam hatinya?

5 tahun ke 6 tahun... satu tempoh yang cukup lama... itulah yang aku rasakan... aku tahu dia tak pernah perlukan aku... jadi, satu hakikat yang aku perlu terima... dia tetap akan bahagia dengan keluarganya samada aku ada atau tiada dalam hidupnya... sebab hidup dia da cukup lengkap... aku akan cuba... cuba untuk lepaskan dia... walaupun terasa berat... sungguh... aku berat untuk melepaskan dia pergi.. tapi aku tahu.. satu hari itu pasti datang di mana aku perlu untuk lepaskan dia untuk selama2nya... sebab dia tak pernah jadi milik aku.. dia milik insan lain...

Aku simpan kemas segala gambar2 kenangan kami... kerana aku tak mahu mengenang dia lagi... aku delete semua nombor yang berkait dengan dia dalam handphone aku... aku delete segala message yang dia hantar pada aku... aku tak mahu baca apa2 message dari dia lagi... tapi selama mana aku mampu bertahan??? sehari? 2 hari? 3 hari? pernah sebelum ini aku cuba untuk tidak menghubungi dia selama seminggu... tapi Ya Allah... betapa seksanya aku! Betapa rindunya aku pada dia... betapa rindunya aku nak dengar suara dia... betapa rindunya aku nak tengok senyuman dia... betapa rindunya aku nak tengok mata dia... betapa rindunya aku segala2nya tentang dia....!

Aku tahu, dia tak kan mungkin merasai seperti mana yang aku rasai apatah lagi memahami apa yang aku rasakan... sebab tanpa aku dia tetap akan bahagia... tanpa aku dia tetap tidak akan merasa sepi... tanpa aku dia tetap tidak akan rasa betapa kosongnya hidup dia seperti mana aku perlu lalui di saat aku tidak DIPERLUKAN!

Ya Allah... ke arah manakah hubungan ini... bukan aku tidak menginginkan bahagia... aku terlalu menginginkannya Ya Allah... tapi dia sudah pun punyai kebahagiaannya sendiri. Siapalah aku jika ingin dibandingkan dengan isterinya...

Ya Allah... sesungguhnya aku terasa begitu rendah diri.... dia selalu kata aku bodoh! Dia selalu kata aku gila! Dia selalu panggil aku babi! Dia selalu panggil aku perempuan sial! Dia juga selalu cakap yang aku selalu menyusahkan dia! Ya Allah.. aku juga manusia yang punya perasaan... Ya Allah... tipulah andai aku katakan jika aku tak terasa dengan kata2nya....

Ya Allah... hanya engkau yang mengetahui... berilah aku petunjuk... berilah aku petunjuk Ya Allah... hanya kepada Mu aku berserah diri...!

Monday, 9 January 2012


Tragedi Januari


Aku bukanlah ingin menceritakan sesuatu untuk memburuk2kan orang.. apatah lagi memburuk2kan orang yang memang bertapak kemas dalam hati ini... tapi cuma aku tak ada tempat untuk meluahkan apa yang aku rasakan... hanya di sini... di alam maya... aku hanya mampu meluahkan perasaan aku di tempat orang yang langsung tidak mengenali aku... kerana aku malu.. aku malu untuk meluahkan perasaan aku kepada orang yang mengenali aku... Aku tak mahu orang yang mengenali aku tahu, betapa teruknya hidup aku...

Tarikh 8 Januari 2012... hari yang tak akan aku lupakan sampai aku mati... sungguh... aku takkan lupakan sampai bila... aku takkan lupakan saat aku dikasari lagi oleh insan yang amat aku sayang.. aku takkan lupakan macam mana aku di tampar berkali2 oleh insan yang aku kasihi.. teramat kasihi... kalau selama ini pipi aku kau belai.. tapi tidak pada hari itu.. pipi aku menerima habuan berkali2 dari tapak tangan mu yang selama ini membelai aku...

Sungguh aku takkan lupakan saat kau kilas tangan aku... selama ini tangan akulah yang kau pimpin.. tapi tidak pada hari itu... aku dikasari dikhalayak ramai.. sampainya hatimu abang...!

Abang.. aku nak kau tahu.. betapa sakitnya... betapa peritnya setiap kali kau menampar pipi aku... betapa sakitnya bahu aku bila kau tumbuk kat situ... dan hari ini baru aku perasan ada kesan lebam kat bahu aku.. mungkin kesan dari kena tumbuk... Ya Allah... kenapa dia mengasari aku lagi sedangkan dia dah berjanji yang dia takkan mengasari aku lagi...

Ya Allah.. aku tak mampu Ya Allah... Aku tak mampu nak tahan air mata ini.. aku dah berjanji yang aku takkan menangis lagi... tapi bila orang yang aku sayang buat aku macam nih aku tak mampu nak pertahankan benteng air mata ni... tumpah jugak...

Lepas dia mengasari aku... ntah ke mana dia hilang... aku yang tak mampu untuk bergerak ke mana2... hanya terduduk kat tepi dinding sambil menangis... apalah nasib aku... saat itu aku terfikir yang hanya aku yang menyayangi dia... tapi dia??? dia tak sayang aku... datang seorang insan baik.... yang bagi aku tisu... sungguh.... aku berterima kasih pada dia sebab dia temankan aku duduk kat situ sampai aku reda.. aku tahu tahu... ramai yang memerhatikan aku... tapi aku tak mampu untuk bergerak ke mana2 sbb badan dah terasa sakit2... lama jugak insan baik tuh temankan aku kat situ... then sampai aku decide balik, then baru dia balik... dia siap bagi kad dia pada aku... even dia seorang cina... even dia tak ensem tapi hati dia baik...

aku tak tau ke mana aku nak bawak diri... yang ak tahu aku nak bawak diri.. aku nak menangis sepuas2nya.. aku nak lepaskan apa yang aku rasa... tapi aku lupa... yang aku ada makan ubat tahan sakit sebelum aku gerak balik...bukan sebiji yang aku telan tapi 3 biji sekali gus dan ubat tahan sakit tuh plak kalau makan tak boleh drive... akan menyebabkan mengantuk.. dalam keadaan yang separuh sedar aku drive sampai kat tasik titiwangsa.. aku betul2 da tak boleh drive lagi... badan da rasa melayang2... dalam hati terfikir.. kenapa aku perlu buat benda bodoh yang hanya akan membahayakan diri aku sendiri... yang hanya akan memudaratkan diri aku sendiri... Ya Allah betapa bodohnya aku.. menyesal aku kerana bertindak mengikut hati... mengikut perasaan... dan di sebabkan kebodohan aku... aku tak dapat nak balik... pukul 12 lebih baru aku sampai rumah itupun dengan ihsan seorang lagi insan baik yang ternampak aku kat situ.. kebetulan dia dengan seorang kawan dan girl dia lepak kat situ... nak tak nak aku terpaksa bagi orang lain... orang yang langsung aku tak kenal bawak kereta aku... tapi aku cukup berterima kasih kat diorang sbb tolong aku.. kalau diorang tak tolong aku ntah sampai pukul berapa aku akan ada kat situ.. dorang hantar aku sampai rumah dengan selamat... even nama dorang pun aku tak tahu... yang aku tahu aku cuma mampu nak tunjuk jalan balik rumah aku... itu saja...

Hanya kerana seorang lelaki.. aku kelihatan bodoh di mata orang lain...! aku betul2 bodoh kerana sayang seorang lelaki yang tak menyayangi aku..! aku betul2 terasa dia memperbodoh bodohkan aku selama ini...! memperbodoh bodoh kan hati aku... memperbodoh bodohkan perasaan aku pada dia..!

Friday, 6 January 2012


Di saat aku telah berjanji...


Di saat aku telah berjanji dengan diriku sendiri bahawa aku ingin menjadi kuat.. aku ingin cekal.... aku ingin tabah menghadapi apa jua masalah... cabaran... dugaan.... getir yang melanda diri ini tap kenapa setiap kali dugaan datang ... setiap kali aku bermasalah... setiap kali kekecewaan yang datang kenapa aku harus lemah??? kenapa aku harus menangis??? kenapa aku tak kuat nak hadapi segalanya dengan tabah???

Di saat aku telah berjanji dengan diriku sendiri aku takkan pernah memilih engkau sebagai teman ku tapi kenapa hati aku tetap juga memilih engkau walau aku tahu aku takkan pernah menjadi pilihannya... aku hanya merupakan pilihannya yang paling akhir di saat dia tak ada sapa2... di saat dia sunyi... di saat dia sepi.. masa itu barulah aku akan menjadi pilihan dia...!

Di saat aku telah berjanji dengan diri aku sendiri bahawa engkau tidak boleh lagi memainkan hati dan perasaan aku tapi kenapa tetap juga hati dan perasaan aku yang kau mainkan? tahukah kau betapa aku terluka??? tahukan kau selama bertahun2 ini aku pendam segala kelukaan dan kekecewaan terhadap mu???

Di saat aku telah berjanji dengan diri aku sendiri bahawa aku takkan pernah lagi mencari engkau, tapi kenapa engkau juga yang aku cari??? di siang hariku mahu pun di malam hari ku?

Di saat aku berjanji dengan diriku sendiri bahawa aku takkan lagi menaruh harapan pada kau, api kenapa disebalik segala janji itu hanya engkau yang aku harapkan untuk menyayangi aku sepenuh hatimu...

Kenapa aku perlu berjanji pada diriku sendiri sedangkan aku sentiasa memungkiri janji yang telah aku lafazkan untuk diriku sendiri...?

Sunday, 1 January 2012


Ya Allah.. Ampunkan Aku

Ya Allah...
ampunkanlah dosa2 ku... aku tahu banyak dosaku pada MU... dan mungkin disebabkan dosa2 aku pada MU, aku masih belum temui kebahagiaan dalam hidupku.

Ya Allah...
aku tahu... aku hanya mengingati Mu dikala aku susah... dikala aku sedih... dikala aku terluka.. dikala aku dikecewakan... dikala aku menangis... dikala aku kesepian... dikala aku kesepian tanpa teman... tapi di saat aku bahagia... tiada sedetilk pun aku mengingati MU Ya Allah..! Ampunkan aku Ya Allah... Sesungguhnya tak terhitung dosaku pada MU...

Ya Allah...
aku hamba MU yang hina ini memohon... agar KAU hilangkan segala rasa sakit di hati ini... supaya aku dapat menghentikan air mata yang seolah olah tdak mahu berhenti mengalir...

Ya Allah...
berilah aku kekuatan untuk menghadapi semua ini... berilah aku ketenangan Ya Allah... sesunguhnya Engkau maha mengerti dan maha mengetahui...

Amin amin ya rabbal alamin...

Sunday, 1 January 2012


Aku Bosan...!

Aku bosan dengan hidup aku... kejap aku bahagia... tapi dalam sekelip mata rasa bahagia itu boleh bertukar jadi derita...

Rasanya dalam hidup aku leih banyak derita dari bahagia... aku sendiri sudah bosan menjalani hidup yang macam nih....

Sunday, 1 January 2012


Permulaan Yang Teruk


2012 baru muncul.... tak sampai pun sehari... tapi hubungan aku dengan dia pada hari pertama di tahun baru dah pun bermula dengan air mata... di malam tahun baru... apalah maknanya... orang lain meriah melihat bunga api yang berwarna warni... tapi aku??? hanya warna hitam yang ada di mataku.. di tubir mata yang sarat dengan air mata...

Dia tinggalkan aku!!!! mungkin bersama anak dan isteri dia menyambut tahun baru... teringat aku pernah ajak dia pegi tengok bunga api masa malam merdeka... tapi jawapan yang dia berikan pada aku terlalu menyakitkan hati... "buat apa nak tengok bunga api, macam budak bodoh jer.." itu lah yang dia kata pada aku... tapi, setiap kali tahun baru dan malam merdeka dia akan keluar dengan anak dan isteri sbb pegi tengok bunga api...

mungkin aku yang bodoh sebab amik masa terlalu lama untuk faham kata2 dia... selepas 5 tahun baru aku sedar yang sebenarnya dia tak pernah perlukan aku sebagai mana aku perlukan dia...

kat luar bunga api berdentam dentum... meriah... tapi aku apalah maknanya itu semua... tak membawa apa2 makna... aku tetap sunyi dalam dunia aku sendiri...

Tahun baru... mungkin aku perlu bangkit dengan azam yang baru.. mungkin aku lupakan janji2 yang dibuat 5 tahun dulu... mungkin aku perlu lupakan apa yang pernah dia katakan pada aku dulu... "dia perlukan isteri dia sebab rasa tanggungjawab pada isteri dan anak2, tapi dia perlukan aku kerana dia menyayangi aku.." ayat yang selalu dia guna masa pujuk aku!

Ah... lelaki semuanya sama.... masa aku terbuang sia2 kerana aku menunggu dia menunaikan apa yang telah dia janjikan... 5 tahun... masih belum menjanjikan kebahagiaan itu jadi milik aku...

Saturday, 31 December 2011


aKu SuDah tiDak MaMpu


Dalam dunia nih terlalu banyak benda yang mengecewakan... terutamanya dalam perhubungan cinta... terlalu menyakitkan dan memeritkan... orang lain bercinta dan berakhir dengan bahagia... tapi aku??? terlalu menyakitkan...! terlalu memeritkan...!

Kadang2 aku rasa serik untuk bercinta... serik untuk menjalinkan hubungan dengan seorang insan yang bergelar lelaki... apatah lagi menjalinkan hubungan cinta dengan seorang lelaki yang sudah pun berstatus "Suami Orang"... tapi itulah hakikat yang aku kena terima kerana sekarang ini aku menjalinkan hubungan cinta dengan sorang lelaki yang berstatuskan "Suami Orang"..!!!

Pasti akan ada yang mengatakan aku teruk kerana bercinta dengan lelaki yang seperti ini... kerana masih banyak lagi pilihan yang ada selain dari lelaki yang berstatus ini... aku tahu.. aku juga tahu... tapi hati ini dah terlanjur menyayangi... terlanjur mencintai... terlanjur mengasihi...ingin ku buang terasa sayang... ingin ku pergi jauh terlalu berat... maaf kerana aku tahu... isu bercinta dengan lelaki yang berstatuskan "Suami Orang" agak sensitif... tapi ini adalah hakikat hidup.. hakikat yang terpaksa di hadapi oleh semua orang... bagi mereka yang tidak mengalami situasi ini mungkin mudah berkata.. tapi tidak jika mereka sendiri duduk di dalam situasi dan keadaan ini...

Dan bagi kaum2 wanita yang pernah mengalami situasi ini... aku harap mereka tabah... kerana aku yakin.. bukan hanya aku sahaja yang terlibat dalam hubungan seperti ini... tapi ramai lagi... di sini terus terang aku katakan bahawa bukan mudah untuk menjadi insan kedua yang hadir dalam hidupnya... terlalu payah.... terlalu perit... kerana aku sendiri selalu menangis.... selalu terluka.. dan selalu dikecewakan oleh dia.... bukan sehari.. bukan 2 hari... bukan 3 hari... tapi sudah bertahun2 aku menghadapinya... sepatutnya aku sudah imun dengan ini semua.... tapi hati aku terlalu lembut... hati aku terlalu sensitif untuk menerima hakikat ini... hati aku tak mampu lagi menghadapi kekecewaan demi kekecewaan... hati aku tak mampu lagi untuk menghadapi kelukaan demi kelukaan... aku sudah tidak mampu....!

No comments:

Post a Comment