Monday, 9 January 2012
Tragedi Januari
Aku bukanlah ingin menceritakan sesuatu untuk memburuk2kan orang.. apatah lagi memburuk2kan orang yang memang bertapak kemas dalam hati ini... tapi cuma aku tak ada tempat untuk meluahkan apa yang aku rasakan... hanya di sini... di alam maya... aku hanya mampu meluahkan perasaan aku di tempat orang yang langsung tidak mengenali aku... kerana aku malu.. aku malu untuk meluahkan perasaan aku kepada orang yang mengenali aku... Aku tak mahu orang yang mengenali aku tahu, betapa teruknya hidup aku...
Tarikh 8 Januari 2012... hari yang tak akan aku lupakan sampai aku mati... sungguh... aku takkan lupakan sampai bila... aku takkan lupakan saat aku dikasari lagi oleh insan yang amat aku sayang.. aku takkan lupakan macam mana aku di tampar berkali2 oleh insan yang aku kasihi.. teramat kasihi... kalau selama ini pipi aku kau belai.. tapi tidak pada hari itu.. pipi aku menerima habuan berkali2 dari tapak tangan mu yang selama ini membelai aku...
Sungguh aku takkan lupakan saat kau kilas tangan aku... selama ini tangan akulah yang kau pimpin.. tapi tidak pada hari itu... aku dikasari dikhalayak ramai.. sampainya hatimu abang...!
Abang.. aku nak kau tahu.. betapa sakitnya... betapa peritnya setiap kali kau menampar pipi aku... betapa sakitnya bahu aku bila kau tumbuk kat situ... dan hari ini baru aku perasan ada kesan lebam kat bahu aku.. mungkin kesan dari kena tumbuk... Ya Allah... kenapa dia mengasari aku lagi sedangkan dia dah berjanji yang dia takkan mengasari aku lagi...
Ya Allah.. aku tak mampu Ya Allah... Aku tak mampu nak tahan air mata ini.. aku dah berjanji yang aku takkan menangis lagi... tapi bila orang yang aku sayang buat aku macam nih aku tak mampu nak pertahankan benteng air mata ni... tumpah jugak...
Lepas dia mengasari aku... ntah ke mana dia hilang... aku yang tak mampu untuk bergerak ke mana2... hanya terduduk kat tepi dinding sambil menangis... apalah nasib aku... saat itu aku terfikir yang hanya aku yang menyayangi dia... tapi dia??? dia tak sayang aku... datang seorang insan baik.... yang bagi aku tisu... sungguh.... aku berterima kasih pada dia sebab dia temankan aku duduk kat situ sampai aku reda.. aku tahu tahu... ramai yang memerhatikan aku... tapi aku tak mampu untuk bergerak ke mana2 sbb badan dah terasa sakit2... lama jugak insan baik tuh temankan aku kat situ... then sampai aku decide balik, then baru dia balik... dia siap bagi kad dia pada aku... even dia seorang cina... even dia tak ensem tapi hati dia baik...
aku tak tau ke mana aku nak bawak diri... yang ak tahu aku nak bawak diri.. aku nak menangis sepuas2nya.. aku nak lepaskan apa yang aku rasa... tapi aku lupa... yang aku ada makan ubat tahan sakit sebelum aku gerak balik...bukan sebiji yang aku telan tapi 3 biji sekali gus dan ubat tahan sakit tuh plak kalau makan tak boleh drive... akan menyebabkan mengantuk.. dalam keadaan yang separuh sedar aku drive sampai kat tasik titiwangsa.. aku betul2 da tak boleh drive lagi... badan da rasa melayang2... dalam hati terfikir.. kenapa aku perlu buat benda bodoh yang hanya akan membahayakan diri aku sendiri... yang hanya akan memudaratkan diri aku sendiri... Ya Allah betapa bodohnya aku.. menyesal aku kerana bertindak mengikut hati... mengikut perasaan... dan di sebabkan kebodohan aku... aku tak dapat nak balik... pukul 12 lebih baru aku sampai rumah itupun dengan ihsan seorang lagi insan baik yang ternampak aku kat situ.. kebetulan dia dengan seorang kawan dan girl dia lepak kat situ... nak tak nak aku terpaksa bagi orang lain... orang yang langsung aku tak kenal bawak kereta aku... tapi aku cukup berterima kasih kat diorang sbb tolong aku.. kalau diorang tak tolong aku ntah sampai pukul berapa aku akan ada kat situ.. dorang hantar aku sampai rumah dengan selamat... even nama dorang pun aku tak tahu... yang aku tahu aku cuma mampu nak tunjuk jalan balik rumah aku... itu saja...
Hanya kerana seorang lelaki.. aku kelihatan bodoh di mata orang lain...! aku betul2 bodoh kerana sayang seorang lelaki yang tak menyayangi aku..! aku betul2 terasa dia memperbodoh bodohkan aku selama ini...! memperbodoh bodoh kan hati aku... memperbodoh bodohkan perasaan aku pada dia..!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment